Sulit
2 tahun
Potassium terlalu tinggi
Hi dr, saya berumur 21thn, baru baru ni saya ada buat medical check up and result keluar potassium saya sgt tinggi (6.9). Tapi yg lain semua okay, gula pun dlm paras normal, buah pinggang saya pun okay. Boleh saya tau punca potassium tinggi and cara untuk turunkan. Terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah bacaan potassium tinggi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kegagalan buah pinggang
- Beberapa jenis ubat-ubatan darah tinggi, dan ubat kemoterapi
- Dehidrasi
- Penyakit seperti kencing manis jenis 1, Addison serta pendarahan organ dalam,
- Trauma
- Penggunaan alkohol atau dadah rekreasi
- Penggunaan ubat tambahan
- Makanan yang tinggi dengan potassium
Manakala cara untuk menangani masalah ini adalah bergantung kepada puncanya.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.