Sulit
2 tahun
Badan panas dalam tetapi suhu normal
saya perempuan 16 tahun.Saya bekas pesakit covid pada 2 bulan lepas,last quarantine (18/9).Saya juga kerap sakit bawah dada dan sendawa mungkin disebabkan gastrik dan angin.Ecg saya normal.Saya mempunyai gastric yang sangat teruk dan anxiety .Doctor bagitahu saya mengalami post covid.Beberapa hari ni badan saya terasa sangat panas kecuali di dahi,kaki dan tapak tangan,suhu saya normal 36.7 celcius.Apakah masalah yang membuatkan badan saya panas dalam?Saya takut dan panic jika saya rasa panas begini.Adakah sebab saya mempunyai angin yang banyak di dalam badan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Dehidrasi
- Jangkitan seperti bakteria dan virus
- Radang pada anggota badan tertentu
- Sunburn
- Jangkitan COVID-19
- Selepas vaksinasi (gejala ini akan reda selepas beberapa hari dan adalah normal)
- Heat stroke
- Kesan sampingan ubat
Untuk pengetahuan anda, suhu badan yang normal adalah di antara 36.5 sehingga 37.5. Suhu yang melebihi atau kurang daripada normal memerlukan pemeriksaan lanjut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.