Sulit
2 tahun
Tb stage 4 , kena dptkan rawatan d bahagian or trus ke bahagian kecemasan
Saya ada kenalan menghidap penyakit tb tahap 4, dia ada pg klinik swasta tetapi doktor sarankan pg hospital sb dah tahap 4…adakah dia kena dapatkan rawatan d bahagian TB sahaja ataupun direct ke kecemasan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah rakan anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, penyakit TB adalah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit. Pesakit TB biasanya akan mendapat perawatan yang berasingan daripada pesakit lain di dalam wad isolasi untuk mengelakkan daripada berjangkit kepada pesakit lain. Oleh itu, saya menyarankan rakan anda untuk terus mendapatkan rawatan di bahagian TB.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk rakan anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.