Sulit
3 tahun
Muka kiri tinggi sebelah. Eye bag mata kiri besar
Saya wanita berumur 24 tahun. Jika dilihat melalui f2f, keadaan fizikal muka saya nampak normal sahaja. Tapi bila mengambil gambar, muka saya nampak macam senget sebelah… kenapa situasi ini berlaku? Adakah ia bell’s palsy?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Bell’s palsy merupakan kelemahan yang terjadi pada salah satu sisi otot wajah yang sifatnya sementara. Sisi wajah yang diserang Bell’s palsy biasanya akan terlihat senget. Umumnya, keadaan ini terjadi pada wanita hamil, pengidap diabetes, dan HIV.
Antara gejala dari Bell’s Palsy adalah:
Sakit telinga pada sisi wajah yang lumpuh.
Telinga yang terpengaruh akan lebih sensitif terhadap suara.
Berdengung di salah satu telinga atau keduanya.
Penurunan atau perubahan pada indra rasa.
Bahagian mulut yang terpengaruh akan mudah mengeluarkan air liur.
Mulut terasa kering.
Rasa sakit pada sekitar rahang.
Sakit kepala dan pening.
Kesulitan untuk makan, minum, dan berbicara.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.