Sulit
2 tahun
Kencing yang tak boleh ditahan
Saya lelaki yang berusia 54 tahun, sekarang ini ada masalah tak dapat mengawal kencing saya apabila dah nak sampai ke tandas. Sebelum sampai ke tandas masih boleh bertahan tapi bila dah nak masuk tak sempat nak buka seluar dah terkucil sikit. Apa masalahnya ye. Kejadian ini masih baru dalam seminggu ni.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami keadaan sebegitu:
- Jangkitan pada saluran kencing (uretra, buah pinggang, pundi)
- Masalah pada pundi kencing atau saluran kencing
- Prostat bengkak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.