Sulit
2 tahun
Pemeriksaan gula dalam darah
Salam sejahtera. Saya adalah pesakit diabetes type 2 sejak setahun lalu selepas melahirkan anak. Rawatan susulan telah dibuat dan hasil pemeriksaan di klinik kerajaan saya belum berkeperluan mengambil pil ataupun insulin dan saya juga bertindak mengawal diet dan pemakanan saya. Persoalannya sekarang , saya ingin kepastian bilakah masa yang sesuai untuk saya periksa kandungan gula dalam darah SELEPAS makan. Ini kerana saya keliru dengan info mengatakan SEJAM selepas makan, dan ada juga info DUA JAM selepas makan. Mana satu yang betul ya. Jika bacaan SEJAM selepas makan saya biasanya dapat 11mmol. Tetapi DUA jam selepas makan bacaan 8.1mmol. Selain itu ada boleh ke saya dapatkan jadual bacaan paras gula untuk rujukan saya. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Secara amnya, paras gula dalam darah anda tidak harus melebihi 11 mmol/L 2 jam tepat selepas makan. Alternatifnya, paras gula dalam darah anda tidak harus melebihi 7 mmol/L selepas 8 jam berpuasa. Oleh itu, anda tidak mempunyai kencing manis buat masa sekarang. Namun demikian, paras gula anda tanpa puasa sangat rendah, (<4 dianggap rendah). Kemungkinan besar anda mengalami hypoglycemic.Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti simptom paras gula rendah (pening,rasa dahaga yang berlebihan)
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.