Sulit
2 tahun
Penyakit darah merah
umur 23,lelaki,doctor kata kemungkinan saya dapat penyakit polycythemia Vera, tahun lepas bulan 10 darah merah saya 17,tahun ni bulan 4, darah saya 15.9, adakah normal,Dan saya boleh sehat seperti biasa, bahaya atau tidak penyakit ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda berminat untuk memahami lebih lanjut tentang polycythemia vera(PCV).Penyakit ini menyebabkan sum sum tulang anda membuat terlalu banyak sel darah merah.Akibatnya, pesakit tersebut lebih berisiko mengalami masalah darah beku dan pengaliran darah atau limpa yang tersumbat menyebabkan strok, pulmonary embolism dan deep vein thrombosis dan splenomegaly(pembesaran bahagian spleen).
Walaupun penyakit ini jarang berlaku dan banyak dalam kalangan lelaki yang mempunyai sejarah keluarga berkenaan, anda boleh memantau diri sama ada simtom-simtom seperti sakit kepala, kepenatan, berpeluh terutamanya pada waktu malam, dan badan yang gatal-gatal lebih-lebih lagi selepas mandi, penglihatan yang kabur, telinga menjadi bingit ( tinnitus ) dan muka yang kemerah-merahan.
Penyakit ini tiada penawar, namun pesakit boleh menjalani hidup seperti biasa dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan mengikuti rawatan yang dicadangkan oleh doktor untuk meminimakan risiko darah berbeku dan melancarkan peredaran darah.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.