Sulit

3 tahun

Cara bacaan viral load pada ujian darah hsv1

Salam… Untuk pengetahuan doc… Sy disahkan hsv 1…selepas menjalani ujian darah… Simpton gatal & pedih pada saluran kencing… Bacaan viral load adalah 29.6. Sy telah hbis mkn zirax utk 5hari…tp msih ad lg rsa gatal…
-Bgaimana cara untuk turun kan viral load?
-berapakah bacaan viral load yg tidak berbahaya
-adakah dgn mkn ubat zirax viral load akan turun
-selepas viral load trun… Adakah bacaan akan naik semula jika virus itu aktif & hadir simptom2…
Mohon penjelasan dari doc… Terima kasih

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.

Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami anda mahu beberapa penjelasan mengenai jangkitan HSV-1. Kami akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, jangkitan HSV-1 disebabkan oleh virus herpes simplex. Virus ini mempunyai tempoh dorman yang tidak mengeluarkan simptom, tempoh aktif di mana pesakit mengalami gejala seperti ulser, serta tempoh laten dimana virus tersimpan dan duduk di dalam badan pesakit.

Viral load bagi HSV-1 sememangnya boleh diturunkan dengan ubat antiviral seperti yang anda ambil. Namun, kekerapan pengambilan antiviral bergantung kepada setiap individu. Jika dalam masa setahun, anda sering mengalami HSV-1 aktif, anda mungkin memerlukan antiviral secara harian.

Malangnya, HSV-1 adalah jangkitan seumur hidup. Biarpun anda tidak mempunyai simptom atau viral load rendah, anda masih boleh menyebarkan penyakit ini kepada orang lain. Hal ini kerana, virus ini mampu untuk hidup dalam sel badan dan setakat ini tiada ubat yang dapat membunuhnya secara kekal. Ubat antiviral boleh kurangkan risiko sebaran jangkitan tetapi ia tidak berkesan 100%.

Kami menasihati agar anda mengamalkan penggunaan kondom ketika seks dan elakkan daripada mencium kanak-kanak kecil kerana boleh menyebabkan jangkitan. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_429985307

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)