Sulit
2 tahun
Badan sekejap sejuk sekejap panas terkadang badan lemas
Anak saya umur 13 tahun mengalami demam pada mulanya selepas beberapa hari dia sembuh seperti sediakala, tetapi selang 2 hari dia mula rasa badannya terasa sejuk, dan kemudian panas, serta mengalami lemas hinggakan bangun dari baring pun ia perlu bantuan… Mohon doktor tolong segera
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami demam serta badan lenguh. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Kami faham situasi yang anda alami pada masa ini. Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai keadaan anda. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian:
- Keracunan makanan
- Jangkitan
- GERD
- Gastritis
- Tibi (Tuberkulosis)
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Walaupun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami demam dan muntah-muntah. Anda masih perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan anda semakin bertambah teruk atau anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan di bawah:
- Demam mengganggu tidur dan aktiviti harian
- Batuk berkahak dan/atau berdarah
- Berpeluh pada waktu malam
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Sakit kepala yang mengganggu aktiviti dan tidur
- Muntah-muntah dan cirit birit
- Hilang selera makan dan berat badan menurun mendadak
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.