Anonymous

3 years

Bawah dagu kiri sakit

Hi doctor sejak kebelakangan ini, bawah dagu kiri terasa sakit sehingga ke telinga. Sakitnya muncul secara on off. Dan apabila ditekan terasa nya sakit. Sy pernah ditumbuk di rahang kiri tp beberapao tahun yg lepas dan menjadikan tulang rahang kiri dan kanan berbeza.Apa yg perlu sy lakukan?

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.

Bedasarkan keterangan yang di beri, kami memahami yang anda mengalami sakit dan bengkak pada bahagian bawah dagu dan sakit tersebut juga merebak ke telinga. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi ini berkemungkinan bermula dari demam dan sakit tekak yang anda alami pada awal kejadian.

Oleh itu, kami berpendapat bahawa gejala ini berpunca daripada:

  • Penyakit keradangan kelenjar liur sublingual/submandibular
  • Jangkitan kuman kelenjar liur ( Sialadenitis )
  • Kelenjar limpa yang bengkak di kawasan leher disebabkan jangkitan kuman.
  • Keradangan tonsil ( Tonsilitis )
  • Jangkitan virus ( Mononucleosis )
  • Penyakit beguk
  • Penyakit auto-imun

Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.

Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

AdobeStock_309493070

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.