Anonymous

2 years

Suara serak basah dan kurang jelas

Hi, saya wanita berusia 27 tahun. Sedari kecil suara saya serak basah dan kadang kala perlahan dan susah untuk difahami. Apabila saya bercakap di dalam meeting, saya terpaksa menggunakan microphone untuk memastikan semua orang dapat mendengar suara saya dengan jelas. Rakan saya memberi cadangan untuk membuat pemeriksaan sama ada masalah ini boleh diatasa dengan pembedahan atau tidak. Soalan saya, adakah masalah ini dapat diatasi dengan rawatan?

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Antaranya adalah:

  • Banyak minum air putih, upayakan sebanyak 2 liter per hari
  • Merehatkan pita suara selama beberapa hari dengan kurangkan bercakap dan tidak menjerit, juga tidak berbisik-bisik
  • Menghindari konsumsi minuman berkafein atau beralkohol
  • Tidak merokok dan menghindari paparan asap rokok
  • Menghindari faktor-faktor pencetus alergi atau iritasi pada pita suara, misalnya dengan memakai mask
  • Menggunakan alat pelembap udara untuk menjaga jalan nafas tetap terbuka sehingga mempermudah pernafasan
  • Mandi air suam

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

isaac-castillejos-VOQkzFIkF0Y-unsplash%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.