Anonymous
3 years
Rasa tidak selesa pada kepala dan hidung
Saya berumur 32 tahun. Saya mengalami rasa tidak selesa pada kepala dan hidung selepas minum minuman seperti milo,teh,kopi.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 years
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda tentang rasa tidak selesa pada kepala dan hidung. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Gejala yang anda nyatakan di atas adalah terlalu umum dan boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Oleh itu, kami tidak dapat menyimpulkan diagnosis yang tepat untuk anda. Masalah tidak selesa pada hidung boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antara punca-punca yang dapat menyebabkan masalah anda termasuklah:
- Jangkitan hidung
- Radang sinus (sinusitis)
- Polip hidung
- Rhinitis
Oleh itu, saya mencadangkan kepada anda agar merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh berhubung dengan kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.