
Anonymous
4 years
Sakit telinga Dan nasihat ubat
Sakit telinga pada kedua2 belah, sakit berdenyut, bengkak, Dan telinga tersumbat akibat bengkak. Sudah berjumpa doktor Di klinik Dan diberi ubat dan ear drop, eat drop ditampal tulisan sakit telinga, tetapi bila saya Cuba melihat jenama tersebut, ianya ialah sterile nicol eye drop dan bukannnya eardrop, adakah eyedrop ini selamat digunakan untuk telinga? Saya Cuba Google jenama eyedrop tersebut dan keputusan carian menyatakan nicol eye drop ialah untuk kucing&anjing.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, nicol eye drop adalah sejenis ubat titik yang mengandungi ubat antibiotik chloramphenicol. Saya percaya ianya selamat untuk digunakan di dalam telinga sekiranya ia diberikan oleh doktor anda. Banyak ubat titik mata digunakan untuk merawat telinga tetapi, ubat telinga tidak boleh digunakan untuk mata.
Saya sarankan untuk anda meneruskan rawatan yang diberikan oleh doktor anda terlebih dahulu. Rawatan tersebut mungkin mengambil masa utuk berkesan. Namun, sekiranya masalah anda masih juga tidak sembuh, saya amat sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor lagi.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.