
Anonymous
4 years
Saya mengalami masalah ear wax adakah itu punca saya merasa demam kerana kesakitannya atau sebaliknya . jika ear wax tersebut berjaya di keluarkan adakah saya akan seperti sediakala semula?
saya ada tahi telinga yang sudah keras si sebelah telinga kana. adakah disebab kan hal tersebut saya rasa sakit rahang,sakit telinga kebas di bahagian kanan kepala muka dan tidak ada keseimbangan diri/pening? apakah langkah yang saya perlu ambil dan adakah selepas tahu telinga itu keluar saya akan seperti sedia kala semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 years
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tahi telinga yang keras di telinga kanan. Untuk makluman anda, jika tahi telinga terlalu banyak, tersumbat atau mengeras, ianya boleh menyebabkan gejala seperti pening, sakit telinga, penurunan pendengaran, serta sensasi penuh pada telinga.
Tahi telinga tersumbat yang tidak dikeluarkan boleh menyebabkan jangkitan. Berjumpa dengan doktor jika anda mengalami gejala jangkitan , seperti:
- Kesakitan yang teruk di telinga
- Sakit di telinga yang tidak sembuh
- Cecair keluar dari telinga
- Demam
- Batuk
- Kehilangan pendengaran yang berpanjangan
- Telinga berbau
- Pening
Penting untuk diingati bahawa kehilangan pendengaran, pening, dan telinga sakit juga boleh disebabkan oleh punca-punca yang lain. Pemeriksaan perubatan yang lengkap dapat membantu menentukan sama ada masalah itu disebabkan oleh tahi telinga tersumbat atau masalah kesihatan yang lain.
Terdapat beberapa rawatan atau cara untuk menghilangkan tahi telinga tersumbat ini, antaranya ialah:
- Melembutkan tahi telinga- Untuk melembutkan tahi telinga, anda boleh membeli titisan telinga di farmasi yang dihasilkan khusus untuk fungsi ini.
- Pengairan (irrigation) dalam telinga
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Hal ini kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal yang teliti adalah diperlukan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.