
Sulit
4 tahun
Adakah air mazi iaitu precum bole mengakibatkan kehamilan walaupon iainya hantar bersentuhan dengan bibir vagina
adakah air mazi bole mengakibat kehamilan walaupon iainya hanya tersentuh di bibir vagina?? sekiranya hamil bagaimana hendak mencegah daripada kehamilan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, air mazi boleh mengandungi sperma. Sperma yang sedikit ini masih berpotensi untuk menghamilkan pasangan anda. Oleh kerana anda tidak melakukan penetrasi, kemungkinan untuk hamil adalah sangat rendah.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Selain itu, pil perancang hanya mencegah kehamilan yang belum berlaku sahaja. Terdapat pil perancang kecemasan seperti postinor yang boleh diambil selepas hubungan seks tanpa perlindungan iaitu boleh levonorgestrel. Pil ini mencegah kehamilan dengan menyekat telur untuk dilepaskan buat sementara waktu, menghentikan persenyawaan, atau dengan menahan telur yang disenyawakan agar tidak ditanam di rahim. Keberkesanannya bergantung pada seberapa cepat anda mengambil pil. Ia harus diambil secepat mungkin - dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan.
Kaedah lain yang boleh diambil setelah hubungan seks tanpa perlindungan adalah menggunaka intrauterine device . IUD berfungsi dengan menghentikan implantasi telur yang disenyawakan di rahim dan mesti diletakkan dalam masa 5 hari setelah melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.