
Sulit
4 tahun
Adakah vitamin c boleh mengaktifkan cyst?
Hi doc, saya wanita berumur 25 tahun dang menghidap cyst. Saya nk tanya boleh tak saya nak consume supplement yg mngandungi vitamin c ? Adakah vitamin c boleh mengaktifkan cyst ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kami tidak boleh mengulas tentang hal ini kerana terdapat pelbagai jenis penyakit cyst. Terdapat ovarian cyst adalah kantung yang dipenuhi dengan cecair atau tisu lain yang terbentuk di dalam atau pada ovari. Terdapat cyst pada leher, mata dan pelbagai tempat lagi. Maka, maklumat yang anda beri tidak mencukupi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.