
Anonymous
5 tahun
Adipex Retard,Phentermine @ Duromine
Saya mempunyai masalah berat badan melebihi 100kg, dan sy mempunyai kesukaran untuk menurunkan berat badan ini, pelbagai diet telah saya cuba tetapi gagal, kawan saya syorkan untuk berjumpa doktor dan mendapatkan preskripsi ubat seperti Adipex Retard,Phentermine @ Duromine sekiranya sukar untuk menurunkan berat badan. Bolehkah begitu doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Duromine digunakan untuk mengurangkan berat badan bagi pesakit yang telah dikenalpasti oleh doktor mengalami masalah berat badan berlebihan dan telah mendapatkan preskripsi doktor.
Duromine digunakan sebagai sebahagian daripada usaha dalam mengurangkan berat badan disamping mengamalkan cara pemakanan sihat dan senaman.
Jadi saya nasihatkan anda untuk membawa masalah ini kepada doktor supaya beliau dapat mengenal pasti sama ada anda sesuai untuk mengambil ubat ini atau tidak.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara lebih mendalam serta privasi anda terjaga. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.