Sulit
3 tahun
Alat sulit gatal dan melecet
Saya mengalami masalah alat sulit melecet dan bengkak pada mulanya.dan menyukarkan utk kencing akibat terlalu sakit. Kemudian keputihan bermasalah(berwarna kuning dan berbau).Saya telah ke klinik utk rawatan. Doktor berikan ubat cuci. Ubat sapu… Antibiotik… Ubat bengkak… Setelah makan ubat makin bertambah bengkak alat sulit dan keputihan bermasalah keluar tanpa henti sepanjang hari. Adakah normal keadaan begitu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah alat sulit yang melecet, bengkak dan keputihan walaupun sudah mengambil ubat preskripsi daripada doktor. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa keadaan yang boleh mengakibatkan masalah ini berlaku, antaranya:
- Kering bahagian vagina
- Jangkitan bakteria
- Keradangan
- Hormon yang tidak seimbang
- Penggunaan produk yang tidak sesuai
- Alergi
- Penyakit kulit
- Ketumbuhan atau kanser
- Herpes
- Penyakit kelamin (STDs)
- Jerawat
- Foliculitis
- Alahan kepada ubat-ubatan
Anda dinasihatkan untuk bercakap mengenai situasi ini dengan doktor untuk mendapatkan penerangan yang lebih spesifik.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.