Sulit
3 tahun
Sakit di kemaluan.dalam lubang tu sakit.saya tak pernah melakukan seks.tapi sakit
Vagina saya sakit di sebelah kanan.kadang berdenyut.saya belum berkahwin lg
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit di kemaluan. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa keadaan yang boleh mengakibatkan masalah ini berlaku, antaranya:
- Kering bahagian vagina
- Jangkitan salur kencing
- Jangkitan bakteria
- Keradangan
- Hormon yang tidak seimbang
- Penggunaan produk yang tidak sesuai
- Alergi
- Penyakit kulit
- Ketumbuhan atau kanser
- Herpes
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.