Sulit
2 tahun
Penyakit kelamin daripada air mani sendiri
Sebelum ini saya tidak mempunyai sebarang penyakit kelamin namun beberapq hari yg lalu saya tidak sengaja menelan air mani saya sendiri .
Soalan saya adakh saya akan terkena sebarang penyakit kelamin jika saya menelqn air mani saya sendiri.
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kuman yang menyebabkan penyakit kelamin bersembunyi di dalam air mani, darah, rembesan faraj, dan kadangkala air liur. Kebanyakan organisma disebarkan melalui seks faraj, dubur atau oral, tetapi sesetengahnya, seperti yang menyebabkan herpes kemaluan dan ketuat alat kelamin, mungkin merebak melalui sentuhan kulit.
Untuk seseorang yang didiagnosis dengan positif penyakit kelamin, seseorang itu perlu mendapatkannya daripada orang lain. Oleh itu, jika anda tidak mempunyai penyakit kelamin, anda tidak akan terkena sebarang penyakit kelamin jika anda tertelan air mani sendiri
Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.