Sulit
3 tahun
Ketumbuhan di bahagian klitoris kiri
Saya wanita 19 tahun , tidak pernah melakukan hubungan seksual , baru2 ini semasa saya kencing saya mencuci kemaluan dengan air dan merasakan klitoris saya sakit dan ada benjolan kecil .
Ianya sangat tidak selesa dan sakit apabila hendak berjalan atau duduk.Saya pada mulanya mengendahkan saja sebab mungkin akan hilang , tetapi saya chek lagi sebab sudah tidak sakit dan saya mendapati ia ny masih ada dan mungkin membesar sedikit dan sekarang sakit balik. Mohon penjelasan dari dr.
Period saya juga mula tidak teratur untuk 2 kitaran termasuk bulan ini. Adakah period tiba2 tidak teratur boleh berpunca dari stress sebab saya baru2 ni risau dgn exam.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit klitoris dan terdapat benjolan kecil. Kitaran haid anda juga tidak teratur sejak 2 bulan lalu. Saya akan cuba memberikan informasi tentang situasi yang telah anda nyatakan dengan baik.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan benjolan di bahagian vulva, antaranya adalah:
- Jerawat
- Ketuat
- Lebihan kulit
- Keradangan kulit
- Herpes
- Jangkitan
- Kanser
Manakala, kitaran haid yang tidak teratur boleh berpunca daripada faktor berikut:
- Stres
- Masalah tiroid
- PCOS
- Endometriosis
- Polyp atau fibroid
- Masalah radang pelvis
- Perancang keluarga hormon
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar sakit puan kami secara atas talian. Terima kasih.