Sulit
3 tahun
Sexual transmitted disease (std)
Saya nak tanya… saya bakal pendidik dan saya inginkan kepastian jika saya ada salah satu penyakit STD seperti HIV, Hepatitis dan sebagainya. Bolehkah saya bekerja dengan kerajaan? Dan jika saya ada sekalipun tetapi saya on HAART jadi bolehkah saya bekerja dengan kerajaan untuk menjadi seorang pendidik?
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah STD dan ingin mengetahui sama ada anda boleh bekerja di sektor kerajaan sebagai seorang pendidik sekiranya anda sedang menjalani rawatan HAART.
Pihak kami tidak dapat memberikan sebarang kepastian tentang situasi anda. Hal ini kerana, keputusan ini hanya boleh dilakukan atau mendapat pengesahan daripada pihak kerajaan.
Saya berharap kenyataan di atas dapat membantu dan sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain, anda boleh berbincang mengenainya dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.