Sulit
2 tahun
Ketulan di faraj yang kian mengganggu aktiviti seharian saya
hai doctor. saya merupakan seorang wanita 19 tahun yang menuntut di universiti tempatan. sehari sebelum balik ke hostel, secara tiba ii terdapat dua ketulan yang membimbangkan muncul di faraj saya. satu ketulan yang besar di atas permukaan faraj dan satu lagi ketulan yang sederhana di dalam faraj saya. hal ini membimbangkan saya kerana ketulan itu berasa sakit ketika tersentuh. saya juga merasa amat tidak selesa kerana dua ketulan itu menganggu aktiviti seharian saya. juga, saya risau yang ini merupakan penyakit yang serius. saya malu ingin berhadapan dengan doctor di clinic. apa pendapat doctor ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda risau tentang ketulan yang muncul di faraj. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ketulan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.