Sulit
3 tahun
Bintik hitam di kemaluan
hi doktor saya nak tanya dalam dua hari ni zakar sy ade mucul seakan bintik hitam dan seakan berair di dalam… tak gatal tapi sakit(tak terlalu). dan dia seakan merebak. adekah ini suatu masalah yg serious doktor… adekah ubat yg sesuai untuk hilangkan masalh ini.
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah bintik hitam dan seakan berair yang sedikit sakit. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda dengan baik.
Sebagai pengetahuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Penyakit kulit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.