Sulit
3 tahun
Rasa sakit dibahagian pelipat paha berdekatan dgn vagina
Saya seorang perempuan berumur 19 dan belum berkahwin. Sakit yg saya rasa ni dah dlm seminggu berlarutan. Sakit dibahagian antara pelipat paha dan vagian di sebelah kiri sahaja. Saya akan rasa sakit bila tersentuh bahagian itu dan sakit tu saya tk boleh nk describe mcm mana cuma bila saya sentuh atau tekan sikit tu sakit lah… Tapi waktu membuang yg kecil atau besar tidak sakit pon dah xdak darah or apa apa cuma sakit ja… Bila saya sentuh bahagian tersebut akan rasa mcm ada benda yg bengkak atau timbul lah tpi kalau tengok mata kasar xnmpk perubahan pon sama jaa… Bila saya berjalan tu xrasa sakit cuma bila saya nk ubah dari duduk ke berdiri atau sebaliknya akan rasa sakit tu. Ini kali pertama saya rasa sakit mcm ni … Terima kasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit di bahagian kiri kemaluan anda. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa keadaan yang boleh mengakibatkan masalah ini berlaku, antaranya:
- Kering bahagian vagina
- Jangkitan bakteria
- Keradangan
- Hormon yang tidak seimbang
- Penggunaan produk yang tidak sesuai
- Alergi
- Penyakit kulit
- Ketumbuhan atau kanser
- Herpes
- Jerawat
- Foliculitis
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.