Sulit
3 tahun
Cara penyakit std tersebar
hai doktor, saya ingin bertanyakan soalan untuk kerja khusus saya tentang penyakit std, bagaimanakah ia boleh tersebar? adakah hanya melalui cairan dalam badan, secara kasarnya “melepaskan di dalam”? adakah boleh berjangkit dengan hanya sentuhan dari zakar dan rektum atau vagina?
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangana anda, kami memahami anda ingin mengetahui tentang cara penyebaran penyakit STD/kelamin. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, penyakit STD boleh disebarkan melalui hubungan seksual sama ada melalui cecair faraj, air mani, cecair rektum, atau air liur. Ada juga kemungkinan untuk penyakit std disebarkan melalui titisan darah, tetapi ia jarang berlaku. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.