Sulit
3 tahun
Cara sifilis berjangkit
Hi Dr… Adakah berisiko dijangkiti jikalau tinggal serumah dengan pesakit sifilis, contoh duduk bersebelahan,berpelukan biasa, kongsi perkakas makan dan minum, kongsi tandas dan bilik mandi serta tuala dengan pesakit sifilis. (tetapi tidak melakukan sex) ada risiko jangkitan tak Dr melalui cara yang disebutkan diatas.??terima kasih Dr…
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang risiko dijangkiti sekiranya tinggal serumah dengan pesakit sifilis.
Untuk makluman anda, penyakit sifilis adalah sejenis penyakit kelamin yang berpunca daripada jangkitan bakteria Treponema Pallidum dan boleh tersebar melalui:
- Hubungan seks secara oral, dubur dan vagina.
- Kehamilan (daripada ibu kepada bayinya)
- Bersentuhan dengan luka di permukaan kulit pesakit
Penyakit ini tidak boleh berjangkit sekiranya anda berkongsi perkakas dan ruang dengan pesakit sifilis.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan bantuan dan penjelasan yang lebih lanjut daripada kami, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.