Sulit
2 tahun
Bulu Kelamin Tergugur/Tercabut Ketika Berhubungan Risiko
Salam sejahtera doktor.
Adakah bulu kelamin yang gugur/tercabut (tidak berdarah) boleh dijangkiti HIV walaupun sudah memakai kondom?
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan senario anda, kondom adalah 98% berkesan untuk melindungi daripada kebanyakan penyakit kelamin.Penggunaan kondom lateks yang konsisten dan betul sangat berkesan dalam mencegah penularan HIV secara seksual, virus yang menyebabkan AIDS.
Anda boleh rujuk pautan ini untuk memahami lebih lanjut tentang HIV.
HIV & AIDS
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.