Sulit
3 tahun
Kenapa kemaluan bibir saya belah dalam dia gatal dan berbiji sampai susah nak tidur asyik ke tandas untuk buang air kecil
Saya wanita berumur 21 tahun saya ada masalah kemaluan dan period yang tak teratur
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman puan, biji-biji di kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kelamin (STD) - Chlamydia , Herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal dan iritasi dan gejala lain.
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina) sejenis kulat
- Radang disebabkan bahan kimia
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.