Sulit
3 tahun
Sy disahkan herpes simplex type 1 igg
Sy disahkan hsv1 melalui ujian darah… Sy alami simptom hsv 2…gtal2 pedih & Sakit2 pd kemaluan. Adakan sy diketegori sbg herpes kelamin…??sy diberi ubat zirax 5bji utk 5x mkn sehari. Andai ubat yg sy mkn tidak mengurangkan simptom… Apa ubat yg sesuai yg boleh sy beli??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda telah disahkan jangkitan HSV-1. Anda juga mengalami kegatalan, pedih dan sakit pada bahagian kemaluan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, walaupun jangkitan HSV-1 sering dikaitkan dengan jangkitan mulut terutamanya pada kanak-kanak, ia juga boleh menyebabkan jangkitan kelamin. Apabila individu yang mempunyai jangkitan herpes pada mulut melakukan hubungan seks oral dengan individu lain, ia boleh menyebarkan virus ini. Penyakit ini tidak boleh disembuhkan sepenuhnya, namun simptom-simptom jangkitan ini boleh dirawat dengan rawatan antiviral atau krim topikal. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk nasihat lanjut jika ubat yang diberikan oleh doktor anda tidak dapat mengurangkan simptom. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.