Sulit
2 tahun
Sakit dibahagian testis kiri
Minggu lepas saya kerap melancap.dlm seminggu saya melancap sebanyak lima kali.pada hari ahad saya merasa sakit di bahagian atas testis saya ketika saya meraba kawasan atas testis saya rasa ade bengkakan di atas testis bila saya picit berasa sakit . Namun testis saya tidak berasa sakit bila dipegang. sakit di bengkakan tidak la sangat menyakitkan .sakit dibahagian bengkakan itu berlaku sekali sekala dan berlaku dari hari ahad hingga ke hari khamis pagi.sakit dibagian itu berkurang ketika petang khamis.sehingga hari ini saya tidak lagi berasa sakit di kawasan tersebut tetapi begkakan itu masih ade namun kecil dan tidak sakit. Saya juga perasan yg testis kiri saya lebih keatas dan menonjol kedepan berbanding testis kanan. Tetapi saya tidak berasa sakit di testis dan mengalami tanda tanda yg serius. Bengkakan ini telah ade lama sejak saya berumur 14 namun ketika itu tidak berasa sakit bila dipegang. Dan sekarang saya berumur 15 .Untuk pengetahuan dr bengkakan itu berada di atas testis dan saya tidak berasa sakit di bahagian testis. Sehingga hari ini testis saya masih lagi berfungsi seperti biasa namun saya amat risau kerana bengkakan itu masih ade dan membuatkan testis kiri lebih keatas dan kedepan.
Apakah masalah yg saya hadapi ini doktor.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, bengkakan pada kelamin anda boleh disebabkan:
testicular torsion - buah zakar berbelit - hal ini serius dan perlu ke hospital segera
epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
Varikosele - saluran darah membengkak
Angin pasang - “Hernia”
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.