
Sulit
4 tahun
Ambil produk melatonin sleepy gummies untuk bantu tidur
Saya berusia 35thn , sy nak tanya Dr. Ada kesan sampingan tak ambil melatonin 5mg ?
Kalau yg ada penyakit seperti contoh, kencing manis,axeaty,insomnia,darah tinggi,gout,dll boleh ambil tak melatonin ni Dr?
Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kesan sampingan melatonin seperti:
- sakit kepala
- kemurungan
- mengantuk waktu siang
- pening kepala
- kekejangan perut
- mudah marah
Melatonin boleh menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat untuk pesakit darah tinggi. Ia juga meningkatkan kadar gula dalam darah untuk pesakit kencing manis. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dahulu, jika anda mempunyai penyakit kerana bimbang anda tidak sesuai untuk mengambil ubat ini.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.