Sulit
3 tahun
Anak remaja saya kerap sakit kepala, dia baru Tingkatan 4
Hi doktor, anak lelaki saya dia memang ada ADHD, tapi kebelakangan ini, dia sering sakit kepala. Saya ada bawa dia ke Klinik Kesihatan semalam, dan lepas di interview oleh doktor, Doktor bagitau saya simtom dia adalah kerana dia terlalu stress. Malam pun sukar tidur. Dan sakit kepala dia kerap, boleh dikatakan tiap hari dia alami. Adakah cara yang boleh saya bantu dia selain ubat. Terima kasih doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 jenis sakit kepala yang biasa ditemui, iaitu
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Punca Sakit kepala biasanya disebabkan faktor:
- Keletihan
- Stress
- Pemakanan tertentu
- Dehidrasi
- Cuaca panas
Anda boleh cuba untuk berbincang dengan anak anda dan cuba mengatasi masalah masalah yang memberi anak anda stress. Anda juga boleh membawa anak anda keluar berjalan-jalan untuk mengurangkan stressnya.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.