Sulit
2 tahun
Kepala rasa berat dan berpusing
Saya wanita berusia 23 tahun. Saya merasakan kepala sangat berat dan berpusing seakan ingin pitam. Hal ini berlarutan selama 2 hari. Apakah cara untuk menghilangkan rasa ini dan apakah puncanya?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mengalami simtom kepala berat dan pening selama 2 hari.
Kebanyakan pening akan berakhir dengan cepat tetapi ia mungkin sebagai gejala keadaan yang lebih serius. Antara penyebab pening kepala:
- Vertigo – perasaan badan berpusing-pusing atau rasa persekitaran anda berpusing**
- Sakit kepala
- Muntah-muntah atau ciri-birit
- Anemia (kurang darah merah)
- Hypoglisemia
Pitam adalah perasaan seperti anda akan pengsan dan mungkin disertai dengan penglihatan yang kabur dan hilang keseimbangan badan. Walaupun ia tidak selalu membimbangkan, pitam kadang-kala boleh menjadi tanda penyakit yang serius dan boleh meningkatkan risiko untuk jatuh pengsan.
Pitam juga boleh berlaku apabila anda berdiri dengan terlalu cepat dari posisi duduk disebabkan oleh perubahan tekanan darah secara tiba-tiba.Sesetengah orang juga boleh merasa pitam ketika membuang air dan keadaan ini dikenali sebagai “situational syncope”.
Anda boleh rujuk pautan berikut untuk memahami lebih lanjut tentang keadaan pitam dan pening kepala.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.