Sulit
3 tahun
Mengalami pitam berpanjangan
Ibu saya mengalami pitam dan pening berlarutan sejak semalam. Apakah simptom atau gejala yg mgkn berlaku…ibu saya mkn ubat tinggi darah
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Anemia (kurang darah merah)
- Migrain
- Tension headache
- Tekanan darah rendah
- Hipoglisemia
- Masalah psikologi: Keresahan ( anxiety) , kemurungan ( depression ), stres
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan supaya anda dapat tahu jika gejala tersebut disebabkan oleh ubat darah tinggi atau penyakit lain. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.