Sulit
2 tahun
Tengok kereta lalu lalang jadi pening
Saya lelaki 30 an…saya nak tanya doktor,kenapa tengok kereta lalu lalang jadi pening.nampak seperti laju dari normal.kadang2 ok tengok kadang2 xok tengok…mohon penjelasan doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- BPPV
- Meniere’s disease
- Masalah psikologi
- Masalah saraf di kepala
- Glaukoma
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.