
Sulit
3 tahun
Pening kepala dan rasa berpusing yang berlarutan sejak 3 hari lalu
Saya berumur 21 tahun . Sejak 3… 4 hari lepas saya selalu pening kepala dan kadang2 rasa berpusing . Kebanyakan waktu petang baru rasa pening2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, pening kepala adalah simptom yang membimbangkan Lebih-lebih lagi bila ia mengganggu aktiviti harian. Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- kurang rehat atau tidur
- Kurang thiamin dalam diet
- Gangguan stress dan emosi
- Posisi badan yang tidak betul sewaktu berehat
Ini hanyalah jawapan umum kerana tiada maklumat perincian simptom pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal anda.
Kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.