Sulit
2 tahun
Tiada masalah apa2 cuma pening nak pitam
Saya 23 tahun dan masalah sy adalah Pening nak pitam tidak kira siang atau malam
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda berasa pening dan hampir pitam. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. (masalah dalam telinga yang mempengaruhi keseimbangan)
- Masalah dalam telinga yang lain
- Anemia
- Kekurangan gula
- Hipotensi postural (tekanan darah jatuh apabila berdiri daripada keadaan duduk)
- Vertebrobasilar insufficiency (gangguan saluran darah pada bahagian belakang otak)
- Dihidrasi (tidak cukup minum)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.