Sulit
3 tahun
Pening, kebas mulut & tangan, sakit kepala
Saya wanita berumur 24 tahun. Saya sering mengalami gejal pening yang teramat sehingga saya merasa sekeliling saya seperti berputar, hampir pitam dan seterusnya mengalami kebas di tangan, kaki dan bahagian muka termasuk bibir,lidah dah pipi…setelah semua simptom itu berakhir, ia akan diikuti dengan sakit kepala yang melampau. Sepanjang serangan penyakit tersebut, saya berasa mual dan akan muntah sehingga habis makanan dalam perut saya sehigga muntah cecair kuning yang pahit. Masalahnya, setiap kali periksa ke klinik2 tetap dikatakan tiada apa apa yang serius. Penyakit ini menyerang hampir setiap bulan…adakah ini berkaitan dengan keadaan darah saya? Terima kasih.
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami anda sering mengalami pening kepala, kebas tangan, kaki dan muka serta sakit kepala. Kami akan cuba membantu anda.
Jawapan yang kami berikan adalah secara umum kerana kami memerlukan maklumat lanjut tentang gejala anda untuk menyimpulkan diagnosis yang tepat.
Secara amnya, masalah anda boleh disebabkan oleh :
- migrain
- sindrom pra-haid
- masalah saraf
- anemia
- kekurangan vitamin dalam badan
Kami amat menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sekali lagi supaya masalah anda dapat disiasat puncanya dan seterunya dirawat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.