Sulit
3 tahun
Pening kepala dan sakit kepala
Saya mengalami masalah kesihatan ini setelah surgery gigi gerham saya hampir sebulan lebih. saya ingin mengetaui adakh masalah sakit and pening ini disebabkan surgery giginya.
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala pening kepala dan sakit kepala. Anda juga memaklumkan bahawa masalah ini bermula setelah anda menjalankan pembedahan untuk gigi gerham. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit dan pening kepala adalah kesan sampingan yang biasa dilihat selepas mencabut gigi gerham. Namun, ia akan hilang selepas beberapa hari. Punca-punca lain untuk gejala anda termasuklah :
- Dihidrasi
- Hipoglisemia
- Anemia
- Migrain
- Sakit kepala kluster
- Sakit kepala tekanan
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda serta rawatannya. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda menangani masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.