Sulit
3 tahun
Darah Tinggi dan vertigo
Adakah Vertigo ini terjadi kerana effect daripada darah tinggi atau darah tinggi terjadi kerana effect daripda vertigo? Ibu saya mengalami vertigo sebelum ini tetapi darah tinggi nya normal, tetapi baru2 ini di check darah tinggi nya naik 150/90. Harap doktor dapat memberi penjelasan dan tips/cara mengurangkan blood pressure… terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala vertigo yang sedang ibu anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- kurang rehat atau tidur
- Kurang thiamin dalam diet
- Gangguan stress dan emosi
- Posisi badan yang tidak betul sewaktu berehat
Namun begitu, masalah yang ibu anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.