Sulit
2 tahun
Sakit kepala dan mual pada pagi hari
saya seorang wanita berusia 19 tahun. kerap kali pada waktu pagi, saya akan merasa pening disertakan dengan mual yang saya tidak tahu puncanya dari mana. pening kepala ini telah menjadi rutin harian saya. selain itu, saya merasa hendak pitam setiap pagi. bantu saya doctor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda rasa pening, mual dan juga pitam setiap pagi tanpa sebarang sebab yang jelas. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hipotensi
- Kurang gula dalam badan
- Dehidrasi
- Masalah mata
- BPPV (Benign Paroxysmal Positional Vertigo) Pening apabila mengubah atau bergerak ke suatu posisi
Selain itu, pitam boleh menyebabkan badan anda terasa berat secara tiba-tiba manakala kepala anda terasa seolah-olah ia tidak mendapat cukup darah. Ini mungkin disertai dengan penglihatan yang kabur dan hilang keseimbangan badan. Walaupun tidak selalu membimbangkan, pitam kadang-kala boleh menjadi tanda penyakit yang serius dan boleh meningkatkan risiko untuk jatuh pengsan.
Pitam juga boleh berlaku apabila anda berdiri dengan terlalu cepat dari posisi duduk. Perubahan kedudukan ini menyebabkan penurunan tekanan darah secara tiba-tiba yang membuat anda berasa pitam. Sesetengah orang juga boleh merasa pitam ketika membuang air dan keadaan ini dikenali sebagai “situational syncope”.
Antara penyebab pitam adalah :
- Kurang gula dalam badan
- Vertigo
- Hipotensi postur
- Tidak cukup air
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.