Sulit
3 tahun
Urat bengkak dan pening kepala
Saya lelaki umur 32.masalah sy adalah urat leher kiri dan kanan bengkak. Urat betul2 di hujung tiroad. Masalah ini sdh hmpir setahun lbh tetapi bengak tidak sakit atau mngalami mslh kesihatan lain. Tetapi slps vaksin bulan lps sy mngalami pening kepala dan telinga berdesing hmpir sebulan lbh. Apa mslh sy doktor
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, urat leher bengkak adalah tanda tekanan darah meningkat, gangguan saluran darah, atau tekanan jangtung meningkat akibat pelbagai penyakit jantung. Pening kapala dan telinga berdesing juga boleh disebab oleh punca yang sama, menyebabkan aliran oksigen dipengaruhi memberikan gejala ini.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, kami menyaran anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Jantung.