Sulit
2 tahun
Simtom selepas mengambil ubat darah tinggi Amlodipine adakah ianya simtom biasa atau tidak
Saya wanita berumur 40 tahun.Disahkan mengidap darah tinggi Dan sedang mengambil ubat Amlodipine 7.25 mg.Kesan dari itu saya merasakan kepala melayang tapi tidak pening seolah olah nak pitam ketika berdiri dan duduk. Keadaan ini mengganggu rutin harian saya.Apa perlu saya lakukan untuk menanganinya. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan masalah anda tersebut. Antaranya adalah:
- Migrain
- Sakit kepala tegang
- Sakit kepala kluster
Selain itu, masalah and juga boleh disebabkan oleh penyakit tertentu contohnya:
- Jangkitan otak (meningitis, encephalitis dll)
- Masalah saluran darah otak
- Ketumbuhan di dalam otak
- Trauma kepala
- Kesan sampingan daripada ubat-ubat tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.