Sulit
3 tahun
Pusing + pening kepala
Saya wanita berusia 28 tahun. Saya mempunyai masalah pusing tiba-tiba dan pening kepala setiap kali saya tunduk. Hal ini kerap sekali berlaku kadangkala menyebabkan saya mual dan dan ingin muntah. Saya pada mula hanya memandang ringan perkara ini akan tetapi saya mula khuatir ini merupakan simptom kepada penyakit. Boleh tolong jelaskan adakah ini perkara biasa
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, pening kepala semasa tunduk, boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Dehidrasi (kurang minum air)
- Tekanan darah rendah
- Tahap gula darah rendah
- Ketidakseimbangan elektrolit
- Penyakit jantung iskemia
- Ketidakseimbangan hormon (masalah kelenjar)
- Gangguan saluran darah
- Gangguan saraf
Gejala ini tidak semestinya merbahaya, boleh terjadi dalam individu sihat juga. Namun, jika gejala ini terjadi setiap hari atau terlalu kerap, sebaiknya merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca penyebabnya.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.