Sulit
3 tahun
Penyakit vertigo vertigo
Saya nak tanya vertigo ada kaitan ke dengan rasa takut saya pernah ke vertigo 2 kali masa pertama kali kena vertigo rasa mcm berpusing dalam berapa minit dh ok yang kali kedua saya kena ni dia rasa takut macam tak rasa diri saya sebelum kena kali kedua ni ok je tiba2 kena kali kedua dia jadi macam tu. saya tak tahu lah dokter nk buat apa
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang vertigo.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda penah mengalami vertigo sebanyak 2 kali dan kali kedua berlaku dengan perasaan takut. Saya akan cuba memberi penerangan tentang vertigo sebaik mungkin.
Sebagai pengetahuan, vertigo bukanlah sejenis penyakit tetapi lebih kepada simptom masalah kesihatan yang lain. Antara kriteria vertigo termasuk:
- Hilang keseimbangan
- Berasa persekitaran anda berpusing
- Terjadi secara tiba-tiba
- Berlaku sepanjang beberapa saat atau lebih
- Pening kepala
Simptom tambahan pula adalah seperti berikut:
- Muntah-muntah
- Mual
- Berpeluh
- Telinga berdesing
Terdapat beberapa masalah kesihatan yang boleh dikaitkan dengan simptom vertigo, antaranya:
- Kecederaan atau trauma di bahagian kepala
- Tumor otak
- Migrain
- Bengkak pada pembuluhan darah otak
- Pengaruh ubat
- Penyakit berkaitan telinga
- Keradangan
Anda mungkin berasa takut akibat daripada keadaan vertigo itu sendiri yang mempengaruhi emosi anda. Sekiranya keadaan anda berlarutan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan konklusi masalah kesiahatan anda.
Saya berharap penjelasan diatas adalah memuaskan, sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor atau pakar neurologi kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala