
Fatima
6 tahun
Anak saya demam, kemudian berak cair
Hi doktor…
Anak saya berusia 4 bulan. Anak saya demam tiba-tiba 6 hari lepas dengan suhu 38. Sebelum demam dia kerap berak cair. Doktor prescribe paracetamol dengan dos 2.1 ml untuk ank saya. Keesokan harinya demam mula kebah tetapi dia mula berak hijau. Sekarang dia tak demam tapi dedar sahaja tetapi masih berak hijau. Perlu ke saya risau? Dia minum susu badan dan susu formula dutch baby. Selepas demam saya tukarkan ke similac soya 0-12 bulan.

6 tahun
Hello dan selamat pagi.
Berak cair dalam kalangan bayi kadang-kadang adalah perkara biasa. Tetapi bayi anda mungkin mengalami cirit-birit jika dia sering mempunyai najis yang tidak mempunyai benjolan di dalamnya. Perhatikan gejala cirit-birit yang lain. Ini termasuk muntah-muntah, demam, dan kadang-kadang darah atau lendir dalam najis bayi anda. Bayi yang baru lahir memang akan banyak buang air besar, jadi anda mungkin risau bahawa bayi anda mengalami cirit-birit ketika sebenarnya hanya normal untuk usianya. Juga, berapa kerap bayi anda akan buang air bergantung kepada sama ada dia sedang payudara atau susu formula.
Penyebab utama cirit-birit ialah virus yang dipanggil sebagai rotavirus. Rotavirus menyebabkan jangkitan usus yang disebut gastroenteritis. Jangkitan ini merosakkan lapisan dalaman usus bayi anda, yang membolehkan makanan berlalu tanpa nutrien yang diserap. Dalam sesetengah kes, rotavirus boleh menyebabkan jangkitan usus yang serius dan penyahhidratan. Vaksin terhadap rotavirus (Rotarix) akan ditawarkan sebagai sebahagian daripada imunisasi rutin bayi anda. Cirit-birit juga boleh disebabkan oleh:
- alergi
- minuman susu formula tidak dibuat dengan betul
- selsema
- antibiotik
- keracunan makanan
- kekurangan enzim(walaupun jarang berlaku)

6 tahun
Salam sejahtera.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anak anda telah menghidap jangkitan yang menyebabkan demam serta berak cair. Setelah doktor memberikan ubat, demam anak telah mula reda.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perubahan warna pada berak bayi. Berak bayi yang diberi susu ibu adalah kuning, coklat atau hijau. Kadang kala ia juga akan mengandungi biji-bijian atau ketulan-ketulan. Bayi yang diberi susu formula biasanya akan membuang tahi yang lebih pekat, lebih berbau dan mempunyai warna yang lebih gelap. Penukaran susu juga boleh menyebabkan penukaran warna dan tekstur tahi anak anda.
Jika berak anak anda adalah lebih cair dari biasa, ia bermakna bahawa bayi anda mungkin masih mengalami jangkitan seperti jangitan usus dan jangkitan tersebut menyebabkan anak anda untuk berak berair. Jika anda mendapati bahawa anak anda membuang darah atau lendir, ini juga merupakan tanda-tanda jangkitan usus. Jika bayi anda membuang tahi yang putih atau kelabu, ini bermakna bahawa anda mengalami masalah penghadaman.
Kesimpulannya, jika anak anda tidak sihat dan tidak makan, tidur atau main seperti biasa, maka anak anda berkemungkinan besar masih mengalami jangkitan dari sebelum ini dan dia belum pulih sepenuhnya. Tanda-tanda jangkitan seperti membuang darah atau berak yang banyak serta cair juga bermaksud bahawa anak anda masih mengalami jangkitan usus. Jika keadaan ini berlaku, sila bawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor segera untuk mendapatkan rawatan. Anda tidak perlu risau jika anak anda nampak sihat dan dia masih boleh makan, minum, tidur dan main seperti biasa.

6 tahun
Hi. Terima kasih, puan di atas soalan anda. Ia kelihatan bahawa anak anda telah mendapat jangkitan di sistem penghadaman menyebabkan ciri-birit dan juga najis berwarna hijau. Najis yang berwarna hijau boleh dikira normal atau mungkin berkaitan dengan masalah daripada sistem penghadaman. Saya sarankan anda membawa anak anda berjumpa dengan doktor jika ia berlanjutan.
Najis yang normal biasanya berwarna coklat dan merupakan hasil daripada proses penghadaman makanan. Perubahan warna najis biasanya adalah disebabkan oleh perubahan pemakanan seperti sayuran hijau yang mempunyai klorofil yang memberikan sayur warna yang hijau atau makanan yang mempunyai pewarna hijau yang tinggi, pengambilan antibiotik dan juga disebabkan oleh jangkitan parasit atau bakteria. Cirit-birit sendiri juga boleh menyebabkan najis berwarna hijau disebabkan proses penghadaman menjadi begitu cepat.
Secara umumnya, cirit-birit pada kanak-kanak zaman ini disebabkan oleh jangkitan virus seperti rotavirus. Sesetengah kes boleh disebabkan oleh bakteria atau toksin yang dihasilkan oleh bakteria dalam saluran pencernaan. Dalam keadaan ini, perkara utama yang perlu diperhatikan adalah memastikan keperluan air kanak-kanak dipenuhi. Dalam keadaan cirit-birit, kanak-kanak akan mempunyai kekerapan pergerakan usus lebih kerap dengan konsistensi cair.
Teruskan ubat yang diberikan oleh doktor seperti yang disyorkan. Beri perhatian kepada perkembangan anak anda dalam beberapa hari. Jika najis tiba-tiba bertukar menjadi mukus dan berdarah, sila bawa anak anda berjumpa dengan doktor dengan segera. Semoga jawapan yang diberikan dapat membantu.