
nur.meza
2 tahun
Apa kesan ubat clomid
Saya seorang wanita berumur 33 tahun dan suda berkahwin.sebulan yg lepas,saya telah membuat rawatan kesuburan di hospital dan doktor telah memberika saya ubat kesuburan clomid utk dimakan selama 3 bulan. Baru2 ni, sya telah mengambil ubat clomid tersebut untuk kitaran pertama.masalahnya doktor,selepas saya mengambil ubat tersebut, sya kerap hilang fokus, sakit perut.dan sekarang sya cirit birit dan rasa senak perut doktor.adakah itu normal selepas pengambilan ubat clomid doktor.terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Ubat Clomid mengandungi bahan aktif seperti clomiphene citrate. Antara kesan sampingan ubat ini ialah
- Pembesaran ovari
- Gejala menopaus (Penat dan letih, Kurang mood,Sukar tidur, Vagina terasa kering dan sebagainya)
- Sakit perut atau pada bahagian pelvis
- Loya
- Muntah
- Penglihatan kabur
Mungkin simptom yang dinyatakan adalah kesan sampingan awal dari pengambilan ubat ini. Justeru saya sarankan untuk anda ke doktor yang merawat anda untuk berunding ubat yang sesuai dengan anda.
Anda juga boleh bercakap dengan para doktor kami secara privasi tentang masalah ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.