
Sulit
5 tahun
Apakah obat sakit tekak
Saya amin 29 sakit tekak

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Rawatan bagi sakit tekak adalah berdasarkan puncanya seperti:
- Ubat sirap tekak - bagi kelegaan radang tekak
- Antibiotik atau ubat anti-kulat - bagi jangkitan kuman atau kulat
- Ubat anti-asid - bagi penyakit asid refluks (gastrik)
- Ubat tahan sakit - bagi luka pada tekak
- Minum air kosong - bagi tekak kering
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.