nurwaniey44
5 tahun
Batuk lebih and mnggu dan tekak berpasir
Assalamualaikum doktor… Syaa wanita berumur 30 tahun… Masalah saya ialah saya batuk dah sebulan iaitu batuk berkahak kuning hijau dan darah… Saya telah pergi ke klinik makan antibiotic, cair kahak dan ubat batuk… Pada hari ini batuk saya menjadi lebih teruk kerana apabila sy minum air automatik tekak sy jd berpasir dan jadi gatal sgt2 sehingga muntah. Saya jadi takut nak minum air… Ubat batuk hurix dah abis… Ubat batuk bena dah ubat batuk bli di farmasi dh abis. Ni ubat batu ibu dan anak pula… Tq doktor
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca batuk berpanjangan:
• Jangkitan bakteria atau virus (batuk yang disebabkan oleh jangkitan bakteria biasanya adalah lebih sukar sembuh berbanding jangkitan virus)
• Asthma
• Allergic Rhinitis
• Pneumonia
• Penyakit tibi
• COPD
Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk melegakan batuk anda dengan beberapa langkah:
- Mengambil minuman panas tanpa gula seperti air lemon dan madu
- Kurangkan makanan pedas dan berminyak
- Jauhi rokok atau orang lain yang merokok
- Dapatkan rehat yang secukupnya
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Terima kasih.